Wikipedia

Search results

Monday, September 23, 2019





Assalamualaikum, annyeong haseyo dan hi semua, baru-baru ini saya telah melancong ke Korea  pada bulan Mac seminggu selepas keputusan SPM diumumkan, pergi 23 Mac dan balik 27 Mac, 5 hari 4 malam. Pada asalnya rancangan saya bersama keluarga  adalah untuk ke Jepun tetapi pada masa itu harga pakej percutian ke Jepun terlalu mahal sehingga mencecah RM6000+. Oleh itu rancangan percutian kami telah bertukar melancong ke Korea pula . Korea ini memang sangat-sangat murah dan berpatutan kerana harganya hanya RM 2000+. Alhamdulillah kami tempah percutian ke Seoul, Korea  sebaik sahaja selepas tamat musim sejuk. Jadinya,  kami tidaklah rasa terlalu sejuk. Bahkan, itupun sudah mampu menggigilkan saya kerana suhu pada ketika itu sekitar 0°C pada waktu pagi dan 10°c pada waktu tengah hari. Setelah saya membuat tinjauan semua pakej yang menawarkan percutian ke Korea, akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih Arba Travel sebagai ejen pelancongan kami atas dasar tentatifnya yang mesra Muslim. Harganya sangat berpatutan, pakej yang menarik ( walaupun bagi saya biasa-biasa sahaja). Bukan itu sahaja, Arba Travel juga melantik orang Korea sendiri sebagai pemandu pelancong kami👍👍😊Sudahlah kacak, mukanya serupa ahli kumpulan KPOP iaitu BTS. Dia juga begitu sabar melayan kerenah kami dan rombongan sehinggakan dia sanggup membayar dengan wang sakunya untuk membeli semula makanan tidak halal yang tidak sengaja dibeli oleh ahli rombongan kami. Itu sahajalah sebagai intro dan pendahuluan kepada percutian kami..






Hari Pertama (1)



   Kami berlepas🛫 dari KLIA 2 pada pukul 2:40 petang waktu Malaysia bersama kumpulan rombongan yang terdiri daripada 12 keluarga dengan berbeza latar belakang. Pakej kami bertolak ke Seoul, Korea dengan menaiki pesawat Air Asia sebagai pengangkutan utama. Umum diketahui, bahawa perbezaan waktu di Korea dan Malaysia hanya satu jam di mana waktu di Korea sejam lebih awal dari Malaysia. Perjalanan kami mengambil masa 6 jam dan akhirnya kami tiba di lapangan terbang Incheon pada pukul 10:00 malam waktu Korea. Perasaan saya pada masa itu begitu teruja kerana inilah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke negara 4 musim dan saya ingin merasai pengalaman iklim sejuk di Korea.


             KLIA 2 🛫 INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT






Ini adalah satu gambaran tentang keindahan Lapangan Terbang Antarabanhsa Incheon, Seoul.


Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, saya dan keluarga terus mencari tandas di lapangan terbang Incheon kerana tidak tahan untuk membuang air. Maklumla, dalam kapal terbang pun sejuknya tidak terkata. Tambahan pula tandas sentiasa penuh di atas penerbangan. Kemudian saya menikmati keindahan dan kecanggihan lapangan terbangIncheon ini kerana saya pernah membaca fakta bahawa ini merupakan lapangan terbang terbaik Asia pada tahun 2016. Memang terbukti, urusan imigresen semua amat lancar , secara jujurnya saya sangat hargai pihak tourism Korea meletakkan bahasa kebangsaan Malaysia di screen tv pintu masuk dan satu lagi semasa urusan imigresen itu mesin pun berbahasa Malaysia . I feel so welcoming , thank you tourism Korea. 



Selepas itu, saya sekeluarga dan para rombongan dijemput masuk untuk menaiki bas menuju ke hotel oleh tour guide kami yang berbangsa Korea. Anak-anak dara dalam rombongan kami begitu teruja dan seronok dengan kehadiran tour guide kami kerana mukanya memang menyerupai iras-iras ahli kumpulan penyanyi KPOP terkenal iaitu BTS. Sejurus sahaja kami melangkah keluar dari Incheon Airport untuk menuju ke bas, terus kami merasakan kesejukan yang luar biasa dan angin yang bertiup sungguh dingin. Pada ketika itu kami semua cepat-cepat menyusun beg dan terus masuk ke dalam bas untuk mendapatkan haba😂😂Oleh itu, sebagai pengajaran hendaklah kita bersyukur terhadap cuaca di Malaysia yang sedang-sedang iaitu tidak terlalu sejuk dan panas. Kemudian selepas perjalanan yang mengambil setengah jam dari Lapangan Terbang Incheon ke hotel penginapan kami, akhirnya kami tiba di tengah-tengah kota raya Seoul iaitu lokasi letaknya hotel bajet kami yang bernama N Seoul Hotel Dongdaemun. Hotel kami ini merupakan sebuah hotel bajet yang dikelilingi kedai-kedai dan ianya terletak di kawasan Jongnogu, Seoul. Bilik dalam hotel ini agak sempit dan mempunyai ruang yang agak kecil tetapi ianya memadai dengan harga sebagai hotel bajet. Setibanya saya dan keluarga di dalam bilik hotel, kami terus terdampar di atas katil kemudian tidur untuk kembali mengumpulkan tenaga untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Seoul pada keesokan hari.








Hari Kedua (2)


  Bermulanya hari kedua di Seoul, kami pun bersarapan di hotel ini yang menyediakan sarapan. Sarapan di hotel yang disediakan adalah terhad kerana kurang menyediakan makanan yang halal. Antara makanan yang boleh dimakan semasa di sarapan di N Seoul Hotel ialah;



  1. Roti
  2. Telur 
  3. Mentega
  4. Air Oren
  5. Susu
Sebaiknya tidak makan sosej atau daging-daging kerana dikhuatiri makanan tersebut tidak halal.

   Selepas itu, kami menunggu bas di hadapan hotel untuk menuju destinasi seterusnya. Suhu pada waktu pagi adalah sekitar 5°C dan saya sudah merasa dingin serta agak menggigil apabila berada di luar.  Destinasi yang bakal kami lawati pada hari kedua ini ialah Gyeongbokgung Palace. Gyeongbokgung Palace merupakan istana yang utama dan terbesar daripada lima Grand Palaces yang dibina oleh Dinasti Joseon. The National Palace Museum of Korea terletak di selatan Heungnyemun Gate manakala National Folk Museum terletak di arah timur Hyangwonjeong Pond.


   Pada masa dahulu, pengawal diraja Dinasti Joseon ditugaskan untuk menjaga Gwanghwamun Gate, pintu masuk Gyeongbokgung Palace. Kini, pengunjung boleh merasai pengalaman Change of Guards Ceremony yang dijalankan setiap hari (kecuali pada hari Selasa) pada pukul 10:00am dan 2:00pm selama 20 minit. Sewaktu saya pergi masuk tidak terlalu ramai tetapi setelah kami pulang, semakin ramai pengunjung yang hadir.

































Selepas saya sekeluarga dan para rombongan selesai melawat Gyeongbokgung Palace, kami keluar berjalan kaki ke Gwanghwamun Square dan Cheongyecheon Stream yang terletak berhampiran.



Gambar ini semasa kami melintas jalan bersama tour guide kami untuk menuju ke Gwanghwamun Square











Akhirnya, tamatlah aktiviti kami di Seoul pada hari kedua dan seterusnya kami menuju ke restoran halal dan hotel untuk berehat.




Hari Ketiga (3)



   Hari ketiga merupakan hari yang paling saya ternanti-nanti kerana pada hari tersebut saya sekeluarga dan rombongan  akan pergi ke sebuah tempat yang begitu popular bagi kelompok pecinta drama iaitu lokasi berlakonnya sebuah drama Korea, The Winter Sonata yang bertempat di Naminara Island atau lebih dikenali sebagai Nami Island. Perjalanan dari hotel je Nami Island mengambil masa selama 1 jam di mana kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 8 pagi dan tiba di pelabuhan feri Nami Island pada pukul 9 pagi. 


  Menurut sejarahnya, Pulau Nami yang berbentuk seperti  bulan sabit ini telah terhasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Menurut sumber, ia merupakan kubur General Nami, yang mengetuai kemenangan yang besar terhadap pemberontak dalam tahun ke-13 raja-7 Dinasti Joseon, King Sejo (pemerintahan 1455 ~ 1468).



Satu ciri khas Pulau Nami ini adalah bahawa tidak mempunyai tiang telefon. Ini kerana semua wayar elektrik telah dibina di bawah tanah untuk mengekalkan landskap asal pulau ini.







Sekarang terdapat restoran berstatus halal di Nami Island ini iaitu Dongmun atau lebih dikenali sebagai Asian Cuisine Restaurant. Ia menyajikan pelbagai makanan Korea yang sering kita lihat dalam drama-drama Korea.




Nami Island terletak di kawasan Chuncheon di wilayah Gangwondo. Nami Island adalah tempat yg wajib yang patut anda lawati jika ke Korea. Nami Island terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran drama Korea hit iaitu Winter Sonata. Pemandangan yang cantik dengan pokok-pokok dan sungai menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama . Menariknya pulau ini bukanlah di laut . Pulau Nami adalah sebuah pulau di tengah sungai. Untuk ke sini perlu menaiki feri. Perasaan menaiki feri sambil menikmati pemandangan pesisir sungai memang tak dapat digambarkan. Apabila saya turun dari feri untuk menjejakkan kaki ke Nami Island buat kali pertama, saya berasa sangat terpegun dan teruja melihat kecantikan dan ketenangan suasana Nami Island. Ianya membuatkan saya merenung dan berfikir  betapa pentingnya keindahan semula jadi ini yang perlu kita pelihara sebagai sumber oksigen dan kehidupan kita.




















Sebagai tambahan, saya pergi semasa baru sahaja habis musim sejuk salji. Oleh itu kebanyakan pokok-pokok di Nami Island pada waktu ini tidak berdaun kerana salji baru baru sahaja telah mencair untuk bertukar ke musim bunga (Spring).  Selepas satu hari kami berjalan sepanjang satu Pulau Nami ini, akhirnya kami kembali ke bas untuk pulang makan dan kembali ke hotel.



Hari Keempat (4) 



Kemudian, kami meneruskan kembara kami di Seoul dengan menuju ke Everland iaitu sebuah taman tema yang terkenal di Korea. Jika di Jepun terkenal dengan Disneyland, Korea memiliki taman tema sendiri iaitu Everland .


  Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan yang terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do (kira-kira 40 minit masa perjalanan dari Seoul). Ia menerima kira-kira 7.3 juta pengunjung setiap tahun dan pada tahun 2014, ia berada di kedudukan ke-16 di dunia untuk kehadiran pengunjung paling ramai.

Taman tema ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Global Fair, Zoo-Topia, Europeao3n Adventure, Magic Land dan American Adventure. Di sepanjang tahun pula, Everland menganjurkan pelbagai festival dengan tema-tema yang menarik seperti dalam kisah dongeng.

Snow Festival (January - February)
Tulip Festival (March - April)
Rose Festival (May - June)
Summer Splash (June - August)
Chistmas Fantasy (November - December)



Di Everland ini juga ada disediakan sebuah surau untuk bersolat, terletak di bersebelahan Mystery Mansion. Turun dari Sky Way, jalan ke arah kiri.




























Selepas kami habis berseronok di Everland, pada petang harinya kami pergi ke Insadong iaitu sebuah kawasan kedai yang banyak menjual barang atau cenderamata murah. Insadong Street menjangkau lebih 700 meter antara Anguk-dong Rotary dan Tapgol Park. Ia merupakan tempat yang unik penuh dengan kedai menjual barangan kraftangan Korea terutamanya di Ssamziegil, kedai-kedai tembikar dan lukisan. Di sini juga terdapat banyak restoran tradisional and tea houses.





Pelbagai acara seni dan festival sering diadakan di sepanjang jalan yag menawarkan peluang bagi pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam seni dan kebudayaan tradisional Korea. Setiap Sabtu dari 2:00pm hingga 10:00pm dan Ahad dari 10:00am hingga to 10:00pm, jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan dan bertukar menjadi kawasan bagi mempamerkan budaya Korea.


















Pada malamnya,  kami bersiap-siap menyusun beg dan barang-barang kerana keesokan hari adalah hari terakhir kami di Seoul sebelum kami berangkat pulang Malaysia pada malam esok.




Hari Kelima (5)

Pada hari terakhir,  kami berangkat siap-siap membawa beg keluar dari hotel ke dalam bas . Penerbangan kami ke Malaysia pada waktu malam, oleh itu, kami menghabiskan waktu siang dengan melawat ke tempat-tempat menarik yang berbaki di Seoul. Tempat pertama yang kami lawati pada hari terakhir ini ialah N Seoul Tower. 






N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Namsan Tower, adalah sebuah menara komunikasi dan pemerhatian terletak di Namsan Mountain di pusat bandar Seoul. Ia dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 1980 dan sejak itu telah menjadi tarikan utama pelancong sehingga sekarang.

Di bahagian atas N Plaza, terletaknya Roof Terrace iaitu dek kayu yang luas dimana beribu-ribu padlocks dilekatkan pada oleh pasangan-pasangan kekasih bagi melambangkan kasih sayang abadi mereka. Ia juga tempat yang paling strategik untuk menikmati keindahan Seoul dan masa yang paling sesuai untuk ke N Seoul Tower ini adalah pada waktu matahari terbenam.


N Seoul Tower juga sering menjadi lokasi penggambaran untuk k-drama, di antaranya drama popular Boys Over Flower dan My Love from The Star.









Kemudian, kami solat di Masjid Seoul iaitu masjid terbesar di Korea. Masjid ini terletak di Ittaewon.








Itaewon juga merupakan tempat wajib bagi pengunjung Muslim kerana di sini terdapat pelbagai restoran yang menyediakan makanan halal untuk pelancong dan warga setempat yang beragama Islam. Antara restoran yang popular di Itaewon di kalangan pelancong Malaysia adalah Murree, Eid dan Makan Restaurant yang menyediakan pelbagai masakan Korea yang halal. Selain itu terdapat juga banyak pilihan restoran yang berasaskan masakan Timur Tengah di Itaewon ini seperti Usmania, Kervan dan Foreign Restaurant.

Di Itaewon ini juga terdapat Foreign Food Mart yang menjual barangan keperluan harian.






Destinasi terakhir kami di Seoul Korea ialah
Bukchon Hanok  Village. 
Terletak di antara Istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung, Bukchon Hanok Village ini merupakan kawasan perumahan tradisional (Hanok) penduduk Seoul. Terdapat beratus-ratus Hanok di kawasan ini menjadikannya antara tempat tumpuan pelancong terutama bagi mereka-mereka yang meminati senibina dan fotografi.


Di sini juga terdapat 8 photo spot locations untuk panduan pelancong untuk mendapatkan hasil gambar terbaik. Tapi awas, oleh kerana ini adalah kawasan kediaman, anda diingatkan untuk tidak membuat bising sehingga boleh menggangu ketenteraman penduduk di sini.















Terdapat juga tempat membeli belah yang menarik di Seoul iaitu Myeondong. 


Pada 2011, 2012 dan 2013, Myeong-dong tersenarai sebagai shopping street yag ke-9 termahal di dunia. Di sini terdapat pelbagai kedai-kedai menjual barangan buatan Korea dimana ia didominasi oleh kedai-kedai menjual produk barangan kecantikan terkenal seperti Nature Republic, Tony Moly dan sebagainya .





Ini adalah sticky note yang bertemakan kumpulan penyanyi KPOP






Makan malam terakhir kami di Seoul sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon





Sekian sahaja cerita pengalaman saya bersama keluarga di Seoul, Korea. Saya berharap blog ini dapat membantu bagi sesiapa yang mempunyai keinginan untuk ke Korea kerana Korea merupakan negara destinasi pelancongan yang begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selamat tinggal.




Sumber Rujukan:



  1. Book: South Korea at The Crossroads,  Autonomy and Alliance in an Era of Rival Power by Scott A.Snyder
  2. Book : 6 Places To Visit in South Korea by www.chaptertravel.com
  3. Book: Travelling in South Korea, Why I Didn't Love It,  But Why It's Worth A  Chance



3 comments: